02 April 2009

Rekabentuk Laman HTML - I

Konsep
Sebelum proses menulis kod, anda seharusnya tahu tentang konsep yang hendak anda paparkan di laman web anda.

* Laman Peribadi
Laman yang menerangkan tentang diri anda sendiri.
* Sumber Maklumat
Maklumat yang anda hendak sampaikan.
* Album Foto
Ruangan yang penuh dengan gambar album.
* Maklumat perniagaan
Infomasi perihal perniagaan anda.
* Ruangan kanak-kanak
Untuk menarik lebih ramai kanak-kanak melawat laman anda.


Kenali pengunjung anda
Anda juga perlu tahu jenis-jenis pengunjung yang bakal melawat laman anda nanti. Perkara-perkara yang anda perlu ambil kira.

* Browser HTML pengunjung
Terdapat berpuluh-puluh browser HTML di dunia ini, dan tidak semestinya hanya Internet Explorer, Nescape Navigator dan Mosaic. Selain dari itu browser-browser ini tidak serupa antara satu sama lain. Corak paparan laman anda mungkin tidak serupa jika menggunakan browser-browser berlainan. Terdapat juga browser-browser yang menawarkan fungsi-fungsi khas yang besar kemungkinan tidak akan disokong oleh browser lain. Anda harus peka dengan keadaan sebegini.
Terdapat sesetengah laman yang memaksa pengunjung berubah kepada browser Internet Explorer hanya untuk melihat laman tersebut. Ini sudah pasti menyinggung perasaan mereka dan sudah pasti mereka tidak akan ke laman anda lagi.


* Saiz Skrin pengunjung
Anda juga harus peka dengan keadaan ini, tidak semestinya semua orang menggunakan sistem komputer yang sama dengan komputer anda di rumah. Saiz skrin juga berbeza. Terdapat saiz skrin 1024x768, 800x600, 640x480. Ada orang berpendapat baik membuat laman web berdasarkan saiz skrin 640x480. Ada juga yang berpendapat baik gunakan 800x600. Ia bergantung kepada kehendak anda sendiri.
Ada juga pereka laman web membuat 3 versi laman untuk tapak web mereka. Mereka menggunakan JAVAApplet yang boleh mengenalpasti saiz skrin yang digunakan pengunjung dan seterusnya membawa pengunjung ke laman yang sesuai.


* Bahasa
Terdapat juga keadaan dimana anda mahu membuat 2 versi bahasa. Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Ini juga bertujuan supaya anda tidak kehilangan pengunjung yang tidak tahu berbahasa Malaysia.
* Kelajuan Talian
ni sangat penting kerana jika anda mahu laman anda dilihat oleh kebanyakan orang, anda haruslah mengambilkira saiz fail laman anda supaya ianya munasabah.

Jika anda sudah tahu jenis pengunjung anda, maka jika anda mahu semua jenis pengunjung pergi ke laman anda, maka anda haruslah menulis kod-kod html yang terima oleh kesemua browser HTML yang ada di pasaran. Jika anda merasakan perlunya kod-kod istimewa untuk sesetengah browser, maka anda boleh mengenalpasti browser HTML dengan menggunakan JAVAScript dan membawa pengunjung ke laman yang sesuai.

Related Posts by Categories



0 komentar: