02 April 2009

Imej dalam HTML - I

Penggunaan imej merupakan salah satu cara untuk mencantikkan hompej anda dan ianya merupakan elemen terpenting dalam penyediaan hompej. Terdapat dua jenis fail imej yang dibolehkan penggunaannya dalam hompej anda.

* Format JPEG atau JPG
* Format GIF

Fail-fail imej jenis ini adalah jenis yang telah dimampatkan, iaitu saiznya telah dikecil dengan cara pemampatan yang telah ditetapkan. Fail jenis ini digunakan kerana ia boleh digunakan pada mana-mana sistem, sama ada Windows, Unix/Linux atau Macintosh.

Sebagai pengetahuan, Internet Explorer boleh menyokong paparan imej jenis BMP atau PNG. Tetapi format jenis ini tidak disokong oleh Netscape atau pun Mosaic.


Format JPG dan JPEG
Format JPG ialah format dimana pemampatannya akan meninggalkan penelitian sesuatu imej. Imej yang telah dimampatkan dengan menggunakan cara pemampatan ini akan kelihatan kabur sedikit (tidak kelihatan pada mata kasar). Kesan kabur ini adalah kekal. Penggunaan format JPG adalah baik untuk imej gambar foto. Jika anda menggunakan imej yang kebanyakannya berdasarkan garisan, adalah baik jika anda menggunakan format GIF.


Format GIF
Format GIF ada dalam 2 jenis, iaitu GIF87 dan GIF89a. Corak pemampatan GIF87 dan GIF89a adalah sama, cuma GIF89a membolehkan pengguna membuat latarbelakang lutsinar. Terdapat juga jenis animated GIF yang membolehkan anda membuat animasi pada halaman hompej anda. Animated GIF ini sama dengan jenis GIF89a atau GIF87 tetapi, dalam fail ini terkandung beberapa lapisan gambar, dan HTML browser pengunjung akan mempamerkan lapisan ini satu demi satu untuk menunjukkan animasi (seumpama filem). Contoh-contoh perisian khas yang digunakan untuk membuat animated gif seperti Gif Animator dan Animagic. Anda boleh mencari perisian-perisian ini di www.download.com.

Format gif ini juga terdiri dari jenis Interlaced dan NonInterlaced. Jenis Interlaced ialah format dimana gambar yang akan dipaparkan secara kabur dan kemudiannya penelitian akan dilakukan keatas gambar tersebut. Jenis Non-Interlaced pula ialah dimana gambar itu akan dipaparkan secara barisan iaitu dari atas ke bawah.


Contoh Format Gif Interlaced dan NonInterlaced

Format Interlaced




Format Non-Interlaced




Contoh Format Gif lutsinar
Untuk imej berformatkan jenis GIF, anda boleh membuatkan warna latarbelakang imej tersebut lutsinar. Lihat contoh di bawah.



Imej asal.



Selepas dilutsinarkan latarbelakang.

Untuk membuat kesan lutsinar ini, anda perlukan perisian seperti Webimage (boleh didapati di www.download.com) ataupun Microsoft Photo Editor. Malangnya format JPG/JPEG tidak menyokong fungsi sebegini.


Pemilihan format yang sesuai
Dalam pemilihan format imej, anda haruslah menggunakan format imej yang sesuai untuk imej anda. Format GIF sesuai untuk imej yang berdasarkan garisan (gambarajah). Manakala format JPEG sesuai untuk imej yang berdasarkan foto. Jika menggunakan format yang tidak sesuai, besar kemungkinan saiz fail anda menjadi semakin besar dan tidak mencapai fungsi sebenarnya iaitu untuk mengecilkan saiz fail imej.


sesuai untuk format GIF



sesuai untuk format JPG/JPEG

Related Posts by Categories



0 komentar: