02 April 2009

Pemformatan Perenggan - I

Pemformatan Perenggan
Dalam topik ini, anda akan diajar cara-cara untuk memformatkan perenggan. Pengajaran adalah berdasarkan fungsi-fungsi tag, diharapkan ketika ini anda sudah memahami apa itu tag dan cara menggunakannya. Ada diantara tag-tag di dalam topik ini boleh didapati di topik teks & fon. Pada bahagian bawah fail ini terdapat contoh-contoh untuk kesemua format-format perenggan yang dibincangkan di laman ini.

Perbezaan ketara antara pemformatan perenggan dan pemformatan fon ialah apabila anda menggunakan pemformatan perenggan, ia secara automatik akan bermula pada baris baru sedangkan pemformatan fon tidak akan bermula pada baris baru.


Perenggan
Untuk memformatkan perenggan anda boleh menggunakan tag

...

. Anda letakkan

pada permulaan perenggan dan

diakhir perenggan. Browser HTML secara automatik akan menjarakkan perenggan pertama dan kedua, dan perenggan baru akan bermula dengan baris baru. Anda lihat contoh di bawah.

---------------------------


Ini adalah perenggan pertama untuk
teks ini.




Ini adalah perenggan kedua untuk
teks ini.


--------------------------

Untuk menjajarkan perenggan anda ke kiri atau ke kanan, anda boleh menggunakan sifat align. Untuk menjajarkan perenggan anda kekiri anda letakkan nilai left atau hendak kekanan, letakkan nilai right.

---------------------------


Ini adalah perenggan pertama untuk
teks ini, dan ianya dijajarkan ke kiri.




Ini adalah perenggan kedua untuk
teks ini dan ianya dijajarkan ke kanan.


--------------------------


blockquote
Jika anda menggunakan blockquote pada perenggan anda, maka perenggan anda akan diindentkan ke kanan. Cara ini sesuai untuk mengecilkan saiz kolum seperti biasa dilakukan di suratkhabar..

---------------------------

Ini adalah perenggan pertama untuk
teks ini. Dijajarkan ke kanan sedikit
dengan menggunakan tag blockquote



Ini adalah perenggan kedua untuk
teks ini. Dijajarkan kekanan dua kali
dengan menggunakan tag blockquote

--------------------------
--------------------------


multicol
Format multicol ialah di mana format ini akan membahagikan teks anda kepada beberapa kolum yang ditetapkan dengan menggunakan sifat cols. Selain itu terdapat beberapa sifat lain yang berguna ketika menggunakan tag multicol.

* cols - menentukan jumlah kolum
* gutter - menentukan saiz sempadan yang membahagi kolum (dalam piksel)
* width - menentukan jumlah lebar keseluruhan teks, boleh dalam bentuk piksel ataupun peratusan.


---------------

Sila taip teks di sini.

---------------

Format ini hanya disokong oleh Netscape Navigator. Untuk mendapatkan paparan yang serupa dan boleh diterima oleh kebanyakan browser, anda dinasihatkan menggunakan jadual (tag table). Walaubagaimanapun, anda boleh melihat contoh-contoh penggunaan perenggan di laman seterusnya

Related Posts by Categories



0 komentar: