02 April 2009

Pengenalan kepada HTML- I

Apa itu HTML?
HTML ialah singkatan dari Hyper Text Markup Language. HTML merupakan bahasa (kod-kod) yang digunakan untuk membuat laman web. HTML bukanlah bahasa pengaturcaraan seperti C, C++ atau Pascal, ia lebih kepada bahasa yang menetapkan corak paparan dokumen. Jika anda menggunakan Internet Explorer atau Netscape Navigator anda boleh melihat kod-kod laman ini dengan mengklik butang kanan tetikus anda dan pilih menu View Source.


Bagaimana menulis Bahasa HTML?
Bahasa HTML ini ditulis dengan menggunakan teks editor seperti Windows Notepad, Ms-Edit, dan fail di simpan menggunakan sambungan .htm ataupun .html. Browser HTML seperti Internet Explorer atau Netscape Navigator pula akan menterjemahkan kod-kod html dan membuat paparan seperti apa yang telah dikodkan.

Anda juga boleh membuat laman web dengan menggunakan HTML Editor seperti Netscape Composer, Ms-Word 97 ataupun Microsoft FrontPage. Walaubagaimanapun, terdapat kelebihan serta kekurangan jika anda menggunakan HTML Editor yang disebutkan.


Perlukan saya menyambung ke Internet ketika membuat hompej?
Anda tidak perlu menyambung ke Internet ketika membuat hompej. Anda hanya perlu menyediakan fail-fail html dan simpan dalam direktori komputer anda dengan menggunakan Microsoft FrontPage, Netscape Composer ataupun Windows Notepad (perlu belajar bahasa HTML). Apabila selesai, anda sambung ke Internet anda muat-naikkan fail-fail tersebut ke Internet (komputer pelayan hos tapak web).


Apa yang perlu saya tahu?
Selain daripada Internet Explorer dan Netscape Navigator, terdapat banyak lagi browser HTML yang boleh digunakan untuk menjelajah Internet. Oleh kerana browser HTML ini dicipta oleh syarikat-syarikat yang berlainan, penterjemahan bahasa HTML oleh setiap web browser adalah berbeza antara satu sama lain. Sebagai contoh, paparan sesuatu laman web melalui Netscape Navigator tidak sama dengan paparan melalui Internet Explorer. Walaubagaimanapun dalam tutorial ini anda akan diajar menggunakan fungsi-fungsi global yang boleh digunakan oleh mana-mana browser HTML. Walau bagaimanapun, untuk membuat laman yang elok terdapat keadaan di mana anda perlu mengetahui samaada fungsi tersebut disokong oleh sesuatu web browser atau tidak.


Apa yang perlu saya ada?
Untuk mengikuti tutorial ini, anda hanya memerlukan teks editor seperti Windows Notepad dan browser HTML seperti Internet Explorer. Perlu diingatkan disini bahawa Microsoft Word dan WordPad bukanlah teks editor yang asli, beberapa penambahan yang tidak kelihatan telah dilakukan kepada fail jenis doc dan wri.
Seelok-eloknya anda mempunyai 3 browser HTML. Internet Explorer 3, Internet Explorer 4 dan Netscape Navigator 4. Ini bertujuan supaya anda dapat mencuba laman ujian anda pada 3 browser yang berlainan.


Mengapa saya perlu belajar HTML?
Walaupun pada zaman yang canggih ini terdapat banyak Editor HTML WSYWIG seperti Microsoft FrontPage, Netscape Composer dan Microsoft Word 97, adakalanya terdapat beberapa keadaan yang tidak boleh dielakkan berlaku. Masalah-masalah yang kerap berlaku seperti imej tidak kelihatan, jalinan yang mengarah ke arah lain dan beberapa masalah lagi akan dilakukan oleh HTML Editor anda sendiri. Kadangkala masalah ini berlaku setelah anda memuat-naikkan laman-laman anda ke Internet.

Jadi, untuk menyelesaikan masalah-masalah ini, anda memerlukan sedikit sebanyak pengetahuan mengenai bahasa HTML. Apa yang dilakukan sebenarnya oleh Microsoft FrontPage atau Netscape Composer ialah menuliskan kod-kod HTML untuk anda. Coraknya sama jika anda menulisnya kod secara terus dengan menggunakan Windows Notepad.

Disamping itu ada juga HTML Editor yang tidak optimum, ia menulis kod-kod yang tidak perlu secara berlebihan dan memungkinkan fail HTML anda menjadi terlalu besar, mengambil masa yang lama untuk di muat-turunkan.

Anda juga boleh bergerak selangkah jauh ke hadapan daripada orang lain. Ini kerana, apabila syarikat-syarikat seperti Microsoft atau Netscape mengeluarkan browser HTML yang baru. Tidak ada HTML Editor yang dibekalkan bersama, yang dibekalkan hanyalah kod-kod html terbaru dan jika anda tidak tahu menggunakan kod-kod HTML ini maka anda pasti akan ketinggalan dan terpaksa menunggu HTML Editor versi terbaru.

Related Posts by Categories



0 komentar: